Panduan Kerja Online

Kami memberi platform kepada newbie online marketer untuk memberi hasil pendapatan dengan zero risk

Blogroll

LightBlog
Responsive Ads Here

Thursday, September 10, 2015

Pelajari Asas Berenang Dengan Mudah!

Tidak dinafikan, cara terbaik untuk belajar berenang adalah dengan mempelajarinya secara praktikal. Tetapi, seringkali yang menjadi masalah, anda tidak tahu tentang teknik sebenar bagaimana untuk berenang.

Jadi, mahu atau tidak, anda terpaksa cuba-cuba sendiri dan berenanglah anda secara hentam keromo sahaja... bila ditanya.. "Buat apa tu?".. "Saje je suka-suka main air"... . sedangkan, niat dihati mahu belajar berenang.

Sebenanrnya, untuk pandai berenang, ada perkara-perkara asas yang perlu anda ketahui. Antaranya adalah seperti kaedah kawalan pernafasan, body streamline, kaedah menendang dan menolak air dan sebagainya. Kemahiran berenang, adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari dengan tertib. Maksudnya, ada teknik-tekniknya yang perlu dipelajari. 


  • Berenang merupakan satu aktiviti senaman yang tidak menggunakan kekerasan. Tambahan pula, seluruh badan anda disokong oleh air semasa anda menjalankan aktiviti ini. Kebaikannya, tiada tekanan kuat yang menekan sendi-sendi tulang anda berbanding membuat senaman di atas darat.
  • Aktiviti renang memerlukan anda mengamalkan bentuk postur badan yang betul. Apabila anda berdisplin dalam hal ini, aktiviti ini boleh membina kekuatan dan ketahanan otot-otot badan anda. Disamping itu juga, ia dapat melentur dan menghasilkan tubuh badan yang menarik buat anda.

No comments:

Post a Comment