Kita menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah tetapi tidak belajar apa-apa berkenaan wang. Inilah sebab utama kita menghadapi masalah kewangan. Kita hanya belajar cara bekerja untuk wang bukannya belajar cara menjadikan wang bekerja untuk kita
Apa yang saya lihat semasa menjadi Guru ialah pelajar-pelajar dinasihatkan belajar bersungguh-sungguh supaya apabila mereka besar nanti akan mendapatkan kerja yang baik dan gaji mengikut bidang yang mereka ceburi.
Tetapi apa yang saya lihat sekarang ialah ramai pelajar yang keluar universiti tetapi mereka menganggur (tidak bekerja), mereka bekerja bukan mengikut bidang yang mereka pelajari dan gaji yang mereka dapat tidak seperti mereka harapkan.
Oleh itu, saya telah menulis buku ini supaya menjadi kunci kepada mereka keluar dari masalah kewangan yang mereka hadapi. Saya berharap buku ini menjadi jalan keluar kepada mereka untuk berusaha mencapai impian yang mereka inginkan.

No comments:
Post a Comment