Panduan Kerja Online

Kami memberi platform kepada newbie online marketer untuk memberi hasil pendapatan dengan zero risk

Blogroll

LightBlog
Responsive Ads Here

Tuesday, September 8, 2015

Jana untung 100% menerusi bisnes Baju Kurung

Jana untung 100% menerusi bisnes Baju Kurung
Baju Kurung merupakan pakaian tradisional masyarakat Melayu, malah pakaian ini sudah menjadi pakaian rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Saya boleh katakan kecil muda tua dewasa adik kakak melayu cina india - semua sudah memakai Baju Kurung. Ia merupakan pakaian wanita yang paling popular dan sering mendapat permintaan tinggi sepanjang masa.

Buat peniaga dan usahawan, ia merupakan antara bisnes yang boleh memberikan lubuk keuntungan sehingga 100 peratus. 

Bisnes ini makin menjadi-jadi apabila tiba hari perayaan atau pesta tertentu. Bisnes Baju Kurung Raya selalunya menjadi durian runtuh untuk peniaga-peniaga. 

Walaupun di sebalik persaingan dalam bisnes atau perniagaan Baju Kurung yang agak sengit, namun ia masih lagi menjadi bisnes - antara paling mudah nak dapatkan pelanggan.

Jana Untung 100% Menerusi Bisnes Baju Kurung

Bisnes Baju Kurung ialah bisnes di mana pembeli mencari peniaga dan bukannya peniaga mencari pembeli. Kalau anda pernah ke Pasar Kemboja Parit Buntar, anda akan nampak potensi lubuk bisnes Baju Kurung ini.

 Walaupun di situ ramai peniaga yang menjual barang yang sama seperti tudung dan Baju Kurung, peniaga-peniaga di situ masih tetap dapat untung berlipat kali ganda.

Dan saya pernah lihat peniaga menjual Baju Kurung serendah RM15 sepasang tetapi masih lagi boleh membuat untung dengan harga sebegitu murah!

Wanita di Malaysia merupakan antara pengguna yang mempunyai kuasa membeli yang tinggi. Merekalah yang sering menjadi yang pertama bila ada sales atau jualan murah. Mereka jugalah yang mudah membeli hanya kerana mahu menjadi cantik dan anggun. Mereka adalah sasaran utama untuk buat duit menerusi bisnes Baju Kurung.

No comments:

Post a Comment